Pembinaan Bangunan untuk Pengajian Agama & Fardhu Ain

Assalamualaikum wbt, dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Surau Taman Bukit Permata bercadang utk memulakan kerja pembinaan bangunan tambahan utk dijadikan 3 kelas pengajian agama & fardu ain pd 23/02/2012 yg dianggarkan kos pembinaan sebanyak RM90,000.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bagi tujuan di atas bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus kepada akaun

'SURAU BUKIT PERMATA' (Maybank 564799111178)

Terima kasih di atas sumbangan yg tuan/puan berikan, semoga mendapat keberkatan & keredhaan Allah SWT di dunia & akhirat

Category: 0 comments

Perjumpaan Penduduk

Kami ingin memaklumkan kepada semua penduduk Taman Bukit Permata Fasa 1,2 & 3 termasuk Penduduk Pinggiran Permata, bahawa kami sedang merancang satu Perjumpaan Besar-besaran bersama Pemaju (Keruan Jaya, Pihak MPS, Polis, Bomba, Rela, KDN, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Ahli Dewan Undangan Negeri/Parlimen Gombak, Wakil Masjid Al-khairiah/tanah perkuburan,wakil media dan segala agensi yg terlibat bagi menyelesaikan masalah yg kita hadapi / mendapatkan hak kita (Jalan,dewan,padang & kemudahan lain) dan sebagainya

Tarikh: 25/03/2012
Hari: Ahad
Masa: 10 pagi
Tempat: akan di beritahu kemudian (cadangan Jalan BP13A)

Sehubungan dengan itu kami menyeru semua penduduk akan turut serta bersama kami dalam menjayakan 'misi' ini. Sila beritahu jiran-jiran anda berkenaan perkara ini. Kami akan mengedarkan borang memorandum untuk di tandatangani kepada tuan/puan dalam masa terdekat.

Category: 0 comments

kes pecah rumah di fasa 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Untuk Makluman semua warga Taman Bukit Permata adalah diingatkan bahawa kejadian Pecah Rumah telah kembali membuat operasi..Pagi tadi ada 3 kejadian berlaku di FASA3...cubaan masuk berlaku di 2 buah rumah (bp11) dan manakala 1 Pecah masuk(bp13A) berlaku dan tuan rumah kerugian anggaran RM30K..
Penyamun bertindak ganas dgn mengacukan parang dan pisau sambil manga diikat.
Mohon ketua rumah kalau boleh tidurlah di Ruangan Tamu dan ini memudahkan supaya boleh mendengar kalau ada bunyi-bunyi pelik yg berlaku di sekelilingi kita..Kalau ada kedengaran mohon telefon pada RELA yang bertugas dengan segera di talian 0132636999.
Sekian Terima kasih.

Category: 0 comments